Akhirnya matahari muncul juga di celah-celah kemendungan hari ini.Bolehla menjemur apa-apa yang patut.Karpet lembab,tilam basah.Tragedi bulan Julai.Hujan lebat selama 2 jam telah menyebabkan air naik dengan cepat dan pertama kali air banjir masuk rumah.Waktu tu aku ada di sekolah.saja melawat kengkawan dengan membawa asam pedas ikan parang dan buah salak untuk k Za.Baru sampai sekolah hujan turun dengan lebat sekali.Aku relax lagi.Cik abang tepon."kat mana?Hujan lebat ni...takut air naik" "Tak kot..."confident aje aku jawab.Tak lama lepas tu dia tepon balik."Balik cepat.Rumah dah naik air." Aku masih lagi berlonglai melangkah pulang.Sampai kt rumah,jalan dah tak boleh masuk.Terpaksa aku parking dalam porch rumah pakcik kedai kat simpang rumah dengan izin tuan rumah.Aku redah banjir separas lutut dengan kasut sekali.nk bukak takut terpijak kaca lak.Jauh pulak perjalanan dari simpang ke rumah.maklumla melawan arus air lagi.silap2 blh jatuh basah lak satu badan.Dalam hati jangan la masuk rumah air tu.Rupanya sangkaan ku meleset belaka.Setiap ceruk rumah air tu dah melawat.Cik abangku dan adikku dah angkat selamatkan peti sejuk n mesin basuh dulu.mujur komputer tak kena.Tapi laptop adik aku mandi dalam beg.Macam2 dalam beg dia.tulah...sebut lagi nak beli Apple.Merajuk la Acer terjun dalam air.hihihi....sian dia.takpe klu rosak beli yang lain.kan dah dpt 2 job masa banjir ni.blhla cover. dan yang paling tak sangka k lin n k za datang meranduk air demi nak menolong aku mengemas rumah.Terharu betul.petang lak k za razak,a johan n shaqeef pn dtg jenguk.Tq so much sbb dtg melawat.tak terbalas budi aka b2 menolong kemas rumah.Siap posing dalam air banjir pn ada.nanti gambar banjir akan di post kemudian.
Hari ni masih lagi membuat kerja2 rumah.Mujur maktab masih cuti sebab H1N1.Esok Khamis dah kena start belajar balik.Assignment br sntuh hujung kuku.seminggu lagi exam.Buku tak baca.Apa yang nak dikelentong nanti.Kelentong betul takpe ini mengarut aje.buat habis masa lecturer menanda aje.Camnilah perasaan k lin n k za nk exam agaknya.Takpe.ada masa lagi.Orang lain blh buat aku pn boleh jg.
Sampai sini lah cite banjir aku ni.Nak pg sambung buat keje lain lak.Jumpa lagi dalam post lain pulak.
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment