Thursday, December 24, 2009

Hikmah

Hari yg indah muncul menggantikan hari2 yang kusam. Angin bertiup dengan agak kencang menyejukkan hati yg lara....wahai hati damailah kau.....ada hikmah di sebalik yg berlaku....

Hari ni nak pegi kpg Jawa beli baju melayu Q. Tak taula dapat ke tak....yg dekat jusco mahalnya....pastu nak kena cari beg sek I pulak....lencana sek nak kena jahit.Alamatnya jahit tangan je la....malas nak buka mesin jahit.

Jadual dah dapat...kena pegang kelas thn 3 bakti...okla jumpa budak2 kia dulu....here i come kids....ur cg garang..hahahhaha....
harap2 budak2 tu dh matured sikit perangainya...kalau tak nak didik jd cool berat tuh...1st day dh kena briefing cara menjadi murid cool...cam cg dia...hehe...masuk lif tkan sendiri.

Kenapa ada manusia yang tak senang dengan kesenangan org lain sedangkan org lain senang melihat dia senang.....banyaknya senang. tak boleh ke jadikan kesenangan org lain kesenangan sendiri juga....ini nak senang sorang2 je...nanti takde kawan baru nak menyesal.....kita kalau tinggi melangit akhirnya akan jatuh menyembah bumi juga....sampai masa rumah 7 kaki bawah tanah tempat tinggal kekal....nanti nak wat novel pasal hati2 manusia la....agak2 leh jual ke....pastu masa lak...sempat ke....sempatkan je la....masa 24 jam sehari takkan tak cukup.Tahun depan azam baru....menjadi lebih cool supaya org tgk pun ikut cool.....boleh gitu?????

Okla....lain kali aku akan menulis lagi.....yang lebih ilmuan la hope so....

Thursday, December 10, 2009

Bertemu kembali.....

salam...
lama dah tak masuk blog...masa tidak mengizinkan...sekarang pun tgh bz wat assgment and nak exam lagi...baru masuk sem 1...khas lak tu dalam masa sebulan je...nak g jalan2 pun tk leh...

banyak perkara berlaku...semalam birthday anakku yg pertama tapi tak dapat celebrate coz dia ada kt jengka...15hb baru balik...tapi nenek dia dh belanja pizza hut n cake Ben 10.lama dh dia nak kek ben 10 tu...tkpe nt dia balik beli pizza hut yg ada udang.kat temerloh boleh habis pizza udang tu...baru kul 5 masa tu...dahsyat org temerloh....memg untung la pizza hut temerloh.

emmm.....
bila nak mula wat assgmnt ni...boring la ngadap komputer ni.tapi ngadap facebook boleh lak...hahahahha....

okla...terpaksa mengundur diri sebab nak masak...jap lagi husband balik nak makan sebelum smbahyang jumaat.sok ada exam Ethics...45 minit je...abc lak tu...selamat meneka je la esok.


Wednesday, August 26, 2009

cara2 membuat puding trifle....
bahan2nya.

3 buku kek gulung(beli kt jusco 3 buku rm10rgt)@ mana2 kek yg terjumpa la...
agar2 kristal rasberry @ strawberi 6 kotak.(lebih simpan)
buah peach slices dalam tin
1 tin susu ideal
1 1/2 sudu gula
1 1/2 sudu tepung kastad

cara2nya.
1. potong kek gulung slices....susun dalam bekas.sekeping2 susunnya.rapat2 manja kek jgn tekan.
2. bancuh jelly kristal 1 peket 400ml air panas.tak cukup bancuh lagi....bancuh satu satu peket.curah atas kek tadi separa kek tenggelam je..
3. dh keras jelly, susun buah peach atas jelly td.ikut suka susun nak sama baris ke nak caca merba ke....
4. masak susu,gula,kastad atas api perlahan jgn smpi hangus......kacau dulu sebelum buka api.nt berketul.
5. dah masak kuah tuang atas buah td smpi tenggelam ke atau nak nmpak buah sikit pn bolleh.
6. sejukkan n boleh la makan ......bagi le jejiran sebelah....



Ok , resepi ni dapat dari kakak iparku yg berada di Seri kembangan.
Selamat Mencuba....

Monday, August 24, 2009

Cuti-cuti Malaysia.....

Seronok dapat cuti seminggu.Macam-macam boleh buat. Ari ni buat assignment psikologi pnedidikan.Tajuk hujahkan baka atau persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia.Haaa.sedap buat ayat tp nak mulakan tu payah sikit.tapi kalau dah mula susah lak nak berhenti.

Ari ni kena pergi jusco sebab nak buat puding trifle nak bagi jejiran bulan2 puasa ni kan.Ari ni jg nk siapkan assignment Bimb n Kauns.dapat dua siap ok sikit.tinggal 2 lagi.tapi mcmana nak siap kalau asyik layan fbook aje.hahaha.ari ni kat jalan pn cam busy sikit je.ari ni pun suami ku pg keje lmbt sebab tidur semula lepas subuh.nasib baik sedar kalau tak merah lak punch.

Kengkawan ajak pg lepak kt sekolah tapi macam tak sempat je ari ni.tak dapat la nak lepak dgn diorang tunggu la habis kursus.lagi sebulan aje.pas raya kita lepak cam biasa yek.bulan pose ni kita duk umah je la....hihihi.

minggu ni family ku nak turun melaka.abah nak amik ubat kt GH melaka.dan menurut suamiku abangnya yg di kajang pn nk ke melaka.so,ramaila kt umah ni nt.emmmm....apa nak masak nanti yek.3 ari pose dh kering idea.pagi ni pun masak sardin.anak sulungku Q makan habis sepinggan tapi nak bersuap la pulak.takpe janji dia puasa.ari ni ari kedua dia puasa.ari pertama puasa dah pukul 7 pun nak buka juga....bagi la buka kang demam ke pengsan susah pulak.tak tau la ari ni dapat smpi petang ke tak.

Ari ni macam nak set umah je.....beli kusyen2 ala inggeris.bunga,nak raya kan....kejap lagi ronda jusco cari barang....tak sabar nye....rumah idamanku....english style.

Saturday, August 1, 2009

tak tau nak buat apaaaaaa......

Salam,

Hari Sabtu dah tiba ke petang.Baru balik jusco cari baju raya anak2.Nak beli dekat raya nanti kuar duit sedebuk lak.Beli sikit2 bleh la jimat.Jusco offer lak tu.Dapatla 3 pasang sorang.Yang adiknya tak beli takde saiz pulak.Ayah kata cari kat Melaka Mall la pulak sok.sok pagi pg Parkson pulak.Berjalan je kerjanya.Yelah nt dah hari kerja tak cukup masa lak.

Pernah satu hari pergi cari kasut kat parkson Melaka Mall.Malam dah waktu tu.Pilih2 tak beli lagi.Pergi makan kat Marrybrown.Teringin nak makan Fish n Chip.Sedap sampai tinggal pisau n garpu aje.Tgh makan tgk guard parkson dah tarik pintu.La,baru dekat kul 10 malam dah tutup ke??

Apalagi makan cepat2 sebab parking kete ikut pintu belakang parkson.Konon nak dekat.Susahnya menapak jauh la jawabnya.Pintu diorang automatik.Mana boleh suka hati nak arahkan diorang buka semula.lawak tul la.

Sok pegi pagi2 leh parking dekat.Esok mommy datang coz pengasuh budak2 ni pegi makan angin kt Medan,Indo.Apa yek ada kat sana.Aku pesan bawa balik bibik.Hehehe.Mesti best pegi sana.Semoga selamat pegi n balik.Pagi hari ini mendung tapi sekarang mentari malu2 je muncul menerangi orang depan rumah buat kenduri malam ni.Gantung periok den malam ni.

Apa nak buat hari esok?Esok la fikir balik.Fikir hari ni pun mesti sok jadi lain.Apa khabar kakakku b2 kat sek yek?Takdi citer hot pun.okla tu kot.Lagi 2 bulan baru masuk sek balik.Anak murid kenal lagi ke tidak entah.....mesti la kenal cikgu yg bertahi lalat di pipi n garang tu....perasan!!!hahaha.

Ok,jumpa lagi lain masa tempat yang sama.Caw dulu....

Friday, July 31, 2009

Suatu ketika dahulu.......


Suatu ketika dahulu,

Aku seorang yang pendiam,

Hingga orang kata,

"sombong la dia tu..."

"Cam bagus je kan?"



Suatu ketika dahulu,

Aku kuat merajuk,

Sampai orang malas nak layan,

Sekarang,

Kalau aku merajuk,

Pujukla diri sendiri,



Suatu ketika dahulu,

Aku cukup pemalu,

Sekarang,

Aku mendahului maluku,



Suatu ketika dahulu,

Aku cam jari manis,

Sekarang macam ibu jari......

Hahahahahahah.....



Itulah aku......



Sajak entah apa-apa entah...

Wednesday, July 29, 2009

Kelas bermula....

ari ni kelas dah bermula kembali.seronok jumpa kawan2 semula.Tapi ari ni kelas penuh smpi 1.30ptg.Ari ni tak drive so sementara tunggu adik post satu la.
Ari ni dapat penerangan pasal assignment written comm.okla.dh tak blur macam mula2.nt smbg lagi la .adik dah sampai.see ya....